Your browser isn't running scripts, so you cannot see the links available.
Make your own free website on Tripod.com
Malaysian Islamic Study Group (MISG)
Malaysian Islamic Study Group (MISG)
    Malaysian Islamic Study Group (MISG) Official Website                                                                  Site Map | Contact
   Home
   Announcement
   Background
   Committee
   Activities
   Reference
   Database/
   Membership
   Links
   Guestbook
  Search
  
Case-sensitive? Yes
Exact Fuzzy







Tunjukkan Aku Jalan Yang Lurus!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat kepada Nabi Junjungan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (Qur'an 1:6)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bertemu kembali setelah lama tidak menulis untuk menjadi tazkirah dan tazkiyah diri
dan rakan sekelian.

Kekadang kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk
ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang kita terlupa bahawa bagaimanakah
jalan yang lurus tersebut?

Allahu a'lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita
menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah menggunakan akal yang
ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah yang merangkumi
segala ajaran di dalam Quran dan ia dikenal sebagai Ummul-Kitaab. Jika kita
melihat kepada konsep UMM, maka ia adalah pusat asal
segala-galanya. Dan kalau kita melihat kepada konsep IMAM, maka ia membawa
implikasi bahwa Fatehah itu adalah pemimpin yang perlu dibereskan pemahamannya
dan praktisnya agar terang jalan Islam yang kita lalui.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah
daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Qur'an 3:31)

Maka jalan yang lurus itu adalah jalan Nabi Muhammad sebagaimana diterangkan
dalam ayat di atas. Cuma dalam perjalanan di atas muka bumi, terlampau banyak
manusia yang mengatakan mereka mengikut Rasul, maka bagaimana kita berdepan
dengan hal ini?

Perlulah kita memahami bahawa kita disatukan atas kalimah Tauhid(laila ha
illallah) berasaskan minhaj Rasulullah (muhammadan rasulullah), maka ia perlu
diletakkan sebagai kalimatul-ulya (kalimah yang diatas) dalam menaakul hal ini
agar amal yang kita teruskan adalah dalam kehatian laksana melalui jalan yang
berduri ( definisi taqwa Saidina Umar).

Bila memahami kalimah tauhid dan melaksanakannya, sudah pasti kita akan lebih
menuju kaedah Rasulullah sebagai satu-satunya jalan selamat dan lurus menuju
Allah. Pemahaman kalimah tauhid ini penting lantaran pertelagahan yang banyak
berlaku di kalangan umat Islam sekarang ini adalah disebabkann pemahaman
berbeza dalam kalimah tauheed ini yang menjadi asas
perubahan (asas-ul-inqilaab) dalam masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan
generasi di zaman Rasulullah.

Cukuplah untuk renungan kita hari ini untuk mencontohi kaedah sahabat
Rasulullah: Huzaifah yang sentiasa bertanyakan sesuatu yang buruk dari
Rasulullah agar beliau terjauh dari melaksanakannya. Konsep al-bara' (berlepas
diri dari sesuatu) yang wujud dalam kalimah tauheed, sebagai asas penaakulan
kita, adalah paralel dengan kaedah ini.

Sebagai seorang Islam, seseorang perlu berlepas diri dan jauh dari individu
serta kumpulan yang mempunyai ciri-ciri di bawah yang tercatat dalam Surah
Ibrahim (Quran, 60:4) dan Surah Al-A'raf (Quran 7:59)

1) Melakukan kekufuran
2) Menimbulkan permusuhan
3) Menimbulkan kebencian sesama sendiri
4)Memutuskan silaturrahim

Itulah antara perkara yang perlu kita perhatikan dalam kita memohon kepada
Allah jalan yang lurus. Tiada seorang pun manusia yang boleh mengaku dia berada
di jalan yang lurus kecuali setelah dia disaksikan oleh ALlah. Lantaran itu
kepada sahabat sekelian, marilah kita bertolongan atas kebajikan dan taqwa, dan
kita tidak akan membantu sama sekali hal yang
membawa dosa dan permusuhan agar jalan lurus yang satu daripada 72 golongan itu
adalah milik kita.Kita wajib mencari dan mengkaji hal ini lantaran menuntut
ilmu adalah wajib dan kita akan disoal di akhirat nanti masa yang ada samada
digunakan untuk mempelajri ilmu Allah atau disiakan dalam ilmu duniawi
semata-mata.

Ameen!

West Lafayette
Indiana


Home | Announcement | Background | Committee | Activities | Reference | Guestbook | Links
Copyright MISG © 2001. All rights reserved.
Questions, suggestions or comments? Please contact our Webmaster. Copyright © 2001.