KENANGAN BERSAMA    

 

       Pada 24 Disember 1997, MISG telah mengadakan satu perhimpunan umum khusus untuk ahli-ahli MISG dan juga ISNET yang berlangsung selama 4 hari berakhir pada 28 Dis1997. Muktamar ini telah diadakan di Hotel Capitol Plaza, Jefferson City Missouri. Adalah dianggarkan seramai 300 peserta dari seluruh pelusuk negara telah menghadiri muktamar tahunan ini. Muktamar pada kali ini adalah antara yang terbaik pernah dianjurkan kerana para penceramah jemputan adalah terdiri daripada ilmuan yang terkenal, antaranya Imam Siraj Wahaj dan Prof. Dr. Mohd Amin Abdullah. Pihak MISG dan ISNET begitu berpuas hati dengan perjalanan program tersebut kerana telah banyak memberi manafaat dan pengajaran kepada peserta.
        Muktamar yang bertemakan "
Pelajar Muslim Pembangun Ummah" telah berjaya menarik minat para peserta dan sekaligus menguatkan lagi semangat perjuangan mereka dalam mencari ilmu Allah demi kemaslahatan umat Islam sejagat. Antara tujuan utama muktamar tahun ini ialah :

1. Menyedari tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pelajar Islam dalam menghadapi segala    tugasan masakini.

2. Persediaan-persediaan dalam membentuk diri sebagai seorang pelajar yang beramanah pada diri sendiri, agama, masyarakat dan negara.

3. Mengeratkan tali silaturahim antara pelajar-pelajar dan sesama umat Islam.

4. Bertujuan melahirkan ilmuan yang bukan saja arif dalam bidang Duniawi malah Ukhrawi

Antara program-program yang telah berlangsung pada muktamar kali ini ialah:

1. Ceramah yang berkaitan dengan isu-isu umat Islam sejagat.
2. Forum Perdana
3. Simposium Wanita
4. Kuliah Subuh
5. Bengkel
6. Talk show
7. Riadah
8. Program khas kanak-kanak

        Muktamar kali ini sebenarnya lebih menekankan kepada pembentukan akhlak pelajar Muslim. Selama berlangsungnya program-program  tersebut, ramai di antara peserta berpeluang bertanyakan segala permasalahan agama baik dari segi Akhlak, Fiqah, Tauhid, Muamalah dan segalanya. Program-program khas untuk kanak-kanak juga begitu menarik sehingga ramai ibubapa telah menganggapkan muktamar ini mencapai matlamat yang sebenar.
 


| Album1 |  Album 2 |  Album 3 | Album 4 |

 

All rights reserved by MISG IT committee

06/17/98 09:09:41 PM