Make your own free website on Tripod.com

ETIKA ISLAM SEMASA MUKTAMAR

 

Untuk kali yang ketiganya, Capital Hotel, Jefferson City dengan hati yang terbuka telah bersedia untuk menyambut kedatangan para peserta Muktamar Bersama MISG-ISNET 1998. Sambutan yang diberikan ini perlulah kita balas dengan menunjukkan adab-adab Islam dalam berinteraksi sepanjang Muktamar. Tunjukkan semangat ukhuwah Islamiyah yang sejati di antara sesama peserta, pihak pengurusan hotel, pihak penganjur muktamar, penginap hotel yang lain dan masyarakat Jefferson City secara amnya. Tambahan pula semasa muktamar kita akan berada dalam bulan Ramadhan yang mulia lagi berkah, maka marilah kita bersama-sama menunjukkan identiti umat islam yang terbaik.

Para peserta Muktamar mestilah:

1) Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas dan bersopan.
Lelaki: Seluar panjang dan kemeja/T-Shirt/Baju Melayu etc. Tidak ketat atau jarang.
Perempuan: Tidak menampakkan mana-mana bahagian tubuh selain muka dan kedua telapak tangan. (Menutup rambut, baju berlengan panjang, kain/seluar panjang). Longgar, bukan material yg jarang atau berbelah hingga menampakkan mana-mana bahagian aurat.

2) Memakai tanda nama pada setiap masa anda berada di luar bilik. Ini dapat membezakan peserta berdaftar dengan orang awam yang lain.

3) Menjaga batas-batas pergaulan Islam terutama sesama bukan mahram. (Tidak bersentuhan, tidak melakukan perbuatan sumbang dan tidak bersendirian antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram).

4) Memastikan bilik masing-masing sentiasa kemas dan teratur.

5) Berwudhuk di bilik masing-masing. Elakkan berwudhuk di restroom awam hotel.

6) Mengikut waktu sahur, berbuka dan makan malam dalam jangka masa yang ditetapkan. Elakkan datang lewat untuk mengambil makanan. Jika lewat layanan sewajarnya mungkin tidak dapat diberikan.

7) Datang tepat pada masanya untuk menghadiri program.

8) Menjaga tingkah laku diri sendiri dan anak-anak. Tidak membiarkan anak-anak tanpa awasan. Anak-anak mestilah dihantar ke bilik Madrasah sewaktu anda mengikuti program.

Kehadiran anda di muktamar adalah satu bentuk dakwah juga. Kita mahu bumi Jefferson City berbangga menyambut kehadiran umat Islam di sini.


MISG Home | Simposim Wanita | Muktamar 97 | Album Muktamar | Online Registration

MSA | JIM | ISNET