Ummu Iman

 
Pn. Azlin bt Hj. Hezri atau lebih dikenali dengan panggilan Ummu Iman merupakan seorang perunding motivasi dan juga penceramah bebas di dalam arena da'wah Islamiyah ini.

Beliau yang berasal dari Perak Darul Ridzuan telah berumahtangga dan dikurnia 7 orang anak bersama Abu Iman; Dr. Dzulkifli Ahmad.  Beliau telah mendapat kelulusan dalam Diploma Psikologi (Universiti London).

Di sepanjang penglibatan beliau di dalam da'wah Islam ini, berbagai pengalaman telah
dilalui, antaranya beliau pernah menjadi sebagai guru  Bahasa Inggeris  di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta,  tutor Bahasa Inggeris di Universiti Sains Malaysia bagi pelajar Matrikulasi Kedoktoran , tutor Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pelajar Ekonomi Tahun 3.

Di dalam jawatan beliau sebagai perunding motivasi, beliau merupakan pengarah PRIHATIN Tutorial & Training Centre, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim,
pengarah program Seminar Wanita Abad 21 anjuran Wanita JIM Kelantan,
 Kem Kanak-kanak Kreatif dan Cemerlang untuk anak kaki tangan Universiti Sains Malaysia Kelantan, penasihat Kelab Remaja Kelantan untuk  Program Motivasi dan Teknik belajar pelajar sekolah-sekolah  menengah di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau juga memberi ceramah dan latihan kepada pelajar-pelajar IPTA (UKM, USM, UPM) dan IPTS (UNITEN, UNITEL), Kursus Pidato Umum (Public Speaking) untuk pelajar dan pendakwah, Kursus Motivasi guru-guru dan keibubapaan dan  Seminar Kesihatan dan Psikologi Remaja Puteri.

Beliau juga bergiat cergas di dalam jemaah JIM dan pernah menjadi Ketua Wanita JIM
Kelantan,  ketua Unit Tarbiyyah Wanita JIM Pusat, jurulatih Unit Kebudayaan dan Seni Wanita JIM, Seminar Komunikasi Suami Isteri anjuran Wanita JIM.

 

 
 
 Arifiani Rastim

 
Ukhtie Arifiani Rastim adalah salah seorang daripada Penggerak MISG yang bergiat aktif menyumbangkan tenaga beliau di dalam arena da'wah ini.

Beliau yang lebih disenangi dengan panggilan Kak Ani, sudah berumahtangga dan kini mengikuti suami 
yang sedang belajar di University Urbana-Champaign, Illinois, USA.  Beliau mendapat pendidikan di dalam bidang Fakultas Ekonomi, Universitas Indonesia. Dan beliau juga pernah menjawat jawatan dosen atau pensyarah di Universiti YAI, Jakarta, Indonesia.

Beliau telah banyak menceburkan diri di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti Islam, dan pernah menjadi koordinator Keputrian Mesjid "Arief Rahman Hakim", Universitas Indonesia dari tahun 1987-1989,  koordinator Keputrian pada Lembaga Dakwah Islam  Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia, 1987-1990 dan juga aktif di dalam Yayasan Islam "Cahaya Muslimah",  Jakarta, Indonesia, 1994-1997.