BIODATA - ABU URWAH

HJ. SAARI HJ. SUNGIB
Presiden JIM

Hj. Saari Hj Sungib adalah Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1990. Selain itu, beliau juga merupakan Perunding Kanan untuk JIM HRD (Human Resource Development), sebuah institusi yang ditubuhkan oleh JIM untuk mengendalikan hal-hal latihan dan perundingan.

Beliau dilahirkan pada 3hb Ogos 1957 di Dengkil, Selangor; mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau meneruskan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di United Kingdom.

Kelulusan akademik beliau adalah seperti berikut:
· Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan (MBA) dengan kepujian dari University of Hull, United Kingdom
· Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Material dengan kepujian dari University of Aston Birmingham, United Kingdom
· Lead Assessor in ISO 9000 Quality Management System dari Institute of Quality Assurance, United Kingdom
· Certificate in International Leadership dari Seamul Undong, Republik Korea
· Diploma dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Beliau juga amat aktif dalam bidang penulisan dan telah menerbitkan artikel-artikel serta buku-buku ilmiah berkaitan dengan pemikiran Islam dan dakwah, termasuk:
· 20 buah buku
· sebuah buku dialih bahasa dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu
· 2 buah buku karangan pertama
· 2 buah buku hasil editan bersama

Menerusi JIM HRD dan Akademi Islah Malaysia, beliau telah mengendalikan latihan dan perundingan untuk agensi-agensi kerajaan serta badan-badan korporat di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Hj. Saari telah beristeri (Pn. Hjh. Aliza Jaafar) dan dikurniai tujuh orang cahayamata, iaitu Anfaal, Urwah, Muthanna, Zilal, Marwah, Muhallab dan Wasilah.


| Biodata Dr Amien Rais | Biodata Ummu Urwah | Maklumat Umum |


Untuk keterangan lanjut, sila hantarkan email kepada Webmasters.