BIODATA - UMMU URWAH

PUAN ALIZA JAFFAR

Puan Aliza Jaffar, atau lebih dikenali dengan nama Ummu Urwah, dilahirkan pada 18 haribulan Disember, tahun 1958 di Singapura. Kedua-dua ibu dan bapanya berasal dari negeri Perlis, Malaysia.

Puan Aliza mendapat pendidikan awal di Johor Baharu, Johor. Beliau juga memiliki pendidikan tahap A Level dari United Kingdom. Namun begitu, beliau mengambil keputusan untuk tidak menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Aston University, Birmingham. Kelulusan yang beliau miliki sekarang ialah Diploma Pengajian Islam Akademi Islah Malaysia (JIM).

Puan Aliza berkahwin dengan Hj Saari Sungib (sekarang ini Presiden Jamaah Islah Malaysia, JIM). Mereka dikurniakan dengan 7 orang anak, terdiri daripada 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Jawatan yang beliau pegang dalam JIM sekarang ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat.


| Biodata Dr Amien Rais | Biodata Abu Urwah | Maklumat Umum |


Untuk keterangan lanjut, sila hantarkan email kepada Webmasters.