ETIKA DISIPLIN MUKTAMAR 1999


Sekali lagi, Hotel Capitol Plaza, Jefferson City, Missouri dengan hati yang terbuka menyambut kedatangan para peserta Muktamar Bersama MISG-IMSA 1999. Sambutan yang diberikan ini perlulah kita balas dengan menunjukkan adab-adab Islam dalam berinteraksi sepanjang muktamar berlangsung. Tunjukkan semangat ukhuwah Islamiyah yang sejati di antara sesama peserta, pihak pengurusan hotel, pihak penganjur muktamar, penginap hotel yang lain dan masyarakat Jefferson City. Tambahan pula semasa muktamar kita berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq yang mulia lagi berkah, maka marilah kita bersama-sama menunjukkan identiti umat Islam yang terbaik baik kepada mereka yang Islam atau bukan Islam.

Para peserta Muktamar mestilah:

1. Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas dan sopan.
* Lelaki: Seluar panjang dan kemeja/T-Shirt/Baju Melayu etc. Tidak ketat atau jarang.
* Perempuan: Tidak menampakkan mana-mana bahagian tubuh selain muka dan kedua telapak tangan. Hendaklah menutup rambut, (baju berlengan panjang, kain atau seluar panjang) longgar, tidak berbelah, dan bukan material yg jarang hingga boleh menampakkan mana-mana bahagian aurat.

2. Memakai tanda nama pada setiap masa anda berada di luar bilik tidur. Ini dapat membezakan peserta berdaftar dengan orang awam yang lain yang menginap di hotel. Ini akan dapat memudahkan pengurusan pihak penganjur.

3. Menjaga batas-batas pergaulan berlandaskan ajaran Islam terutama sesama bukan mahram. (Tidak bersentuhan, tidak melakukan perbuatan yang kurang sopan dan tidak bersendirian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram).

4. Memastikan bilik masing-masing sentiasa bersih, kemas dan teratur.

5. Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak hotel. Peserta muktamar juga digalakkan agar:

i. Berwudhuk di bilik masing-masing. Elakkan berwudhuk di restroom awam hotel. Ini untuk mengelakkan bilik air awam dari menjadi basah dan kotor. (Kita hendak memberi gambaran yang elok tentang ajaran Islam yang mementingkan kebersihan).

ii. Makan dalam jangka masa yang ditetapkan (sahur, berbuka dan makan lewat malam). Elakkan datang lewat untuk mengambil makanan. Jika lewat, layanan sewajarnya mungkin tidak dapat diberikan.

iii. Datang awal/tepat pada masanya untuk setiap program yang diatur.

iv. Menjaga tingkah laku dan keselamatan diri sendiri dan anak-anak. Anak-anak mestilah dihantar ke MADRASAH sewaktu ibu bapa mengikuti program, melainkan jika ibu bapa boleh memberi jaminan bahawa anak-anak mereka tidak akan membuat sebarang gangguan sewaktu program berlangsung.

v. Tidak membawa makanan (terutama yang berbau dan mudah rosak/basi) ke dalam bilik masing-masing untuk memastikan kebersihan bilik KECUALI dalam situasi tertentu seperti mereka yang tidak boleh berpuasa (untuk mengelakkan dilihat menikmati juadah oleh mereka yang berpuasa).

vi. Tidur awal dan dalam jangkamasa yang sepatutnya agar dapat sama-sama bangun untuk sahur, qiamullail dan solat Subuh.

Aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira:
1. Pastikan yang anda memaklumkan kepada sekretariat jika anda perlu keluar dari kawasan muktamar (HOTEL). Ini untuk memudahkan pihak penganjur muktamar menjamin kelancaran program dan keselamatan para peserta.

2. Diingatkan bahawa para peserta tidak digalakkan membawa barang-barang berharga ke muktamar. Keselamatan barang-barang tersebut adalah tanggungjawab anda. Walau bagaimana pun, jika berlaku sebarang kehilangan, sila laporkan kepada AJK Keselamatan atau mana-mana AJK Muktamar.

3. Pastikan bilik anda dikunci apabila keluar dari bilik.

4. Jika berlaku sebarang kecemasan seperti sakit, kehilangan barang-barang (seperti yang tersebut di atas) dan sebagainya, sila hubungi pihak sekretariat atau AJK Keselamatan atau mana-mana AJK Muktamar.




Untuk keterangan lanjut, sila hantarkan email kepada Webmasters.