Ucapan Presiden MISG 98-1999

UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA PRESIDEN MISG '98-1999

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kehadapan saudara se-Islam semua, semoga berada dalam keimanan yang tinggi dan kesihatan yang sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah swt kerana sekali lagi MISG dapat menganjurkan Muktamar Tahunan. Muktamar Tahunan merupakan satu aktiviti utama MISG dalam memenuhi tuntutan dakwah di kalangan umat Islam berbahasa Melayu di benua Amerika Utara khususnya, dan umat Islam sejagat umumnya.

Tema muktamar pada tahun ini ialah "Pengislahan Diri, Keluarga dan Masyarakat Menghadapi Perubahan Zaman." Muktamar tahun ini meyentuh kesan atau akibat yang menimpa umat Islam dari perubahan zaman. Secara umumnya, kita ingin membincangkan kesan-kesan perubahan zaman terhadap individu, keluarga dan masyarakat Islam, peluang-peluang yang boleh kita gunakan dari perubahan zaman untuk pembangunan individu, keluarga dan masyarakat Islam, dan langkah -langkah yang patut kita ambil ke arah mengislahkan individu, keluarga dan masyarakat Islam.

Saya sebagai mewakili Ahli Jawatankuasa Muktamar ingin menjemput semua saudara se-Islam untuk menghadiri muktamar pada tahun ini. Semoga kehadiran saudara dapat memeriahkan lagi acara muktamar pada tahun ini.

Terima kasih.

Adnan Omar
Presiden MISG 1998-1999





| Maklumat Umum | Poster Muktamar 1999 | Homepage Muktamar 1999 (versi IMSA) | Homepage Yaumun Nisa (Program Wanita) |


Untuk keterangan lanjut, sila hantarkan email kepada Webmasters.