Make your own free website on Tripod.com
Malaysia Islamic Study Group

SUMMER TRAINING CAMP 2000

Indonesian Muslim Student Association
MISG

"Ke Arah Pembentukan Muslim yang Serba Boleh"

IMSA

ETIKA SEMASA STC 2000

Peserta Hendaklah
  • Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas, dan sopan. Digalakkan agar bersesuaian dengan aktiviti.
  • Menjaga batas-batas pergaulan Islam terutama sesama bukan mahram. Ini termasuk tidak bersendirian sesama lelaki dan wanita yang bukan mahram.
  • Memastikan kebersihan keseluruhan kawasan perkhemahan. Ini termasuk bilik penginapan yang kemas dan teratur.
  • Memastikan tapak kasut tidak haus atau koyak
  • Stokin yang kotor harus dimasukkan kedalam sarung/ beg plastik untuk mengelakkan cabin berbau
  • Penggunaan bahasa yang kasar, kotor, atau menyinggung perasaan tidak dibenarkan langsung.
  • Mematuhi peraturan-peraturan am Camp Tuscazoar.
Keselamatan
  • Berada di dalam kawasan perkhemahan sepanjang masa. Dianjurkan supaya para peserta tidak bersendirian di luar kawasan perkhemahan. Sila rujuk pada pihak sekretariat jika perlu keluar atas sebab-sebab tertentu.
  • Memastikan barang-barang berharga berada di tempat yang selamat. Sila hubungi pihak sekretariat untuk menggunakan kemudahan menyimpan barang-barang berharga sehingga tamat program. Seeloknya para peserta tidak membawa barang-barang kemas ke STC ini.
  • Pastikan kabin dikunci (jika boleh) bila keluar menhadiri aktiviti dan di waktu malam jika perlu.
  • Laporkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan, kecemasan, dan perubatan kepada pihak sekretariat dengan segera untuk tindakan lanjut.
Peserta Digalakkan Supaya
  • Hadir tepat pada masanya ketika menghadiri program, waktu solat berjemaah serta waktu makan. Kelewatan boleh mengganggu kelancaran aturcara dan melibatkan semua pihak.
  • Mengawasi keadaan serta tingkah laku anak-anak (bagi yang berkeluarga) terutama sekali ketika aktiviti sedang berjalan.
  • Elakkan membawa makanan (terutamanya yang mentah, berbau, atau mudah basi) ke dalam bilik penginapan.
  • Tidur awal dan tidak berjaga lambat pada waktu malam agar tidak mengganggu para peserta yang memerlukan istirehat.
  • Membawa lampu suluh masing-masing.
Adalah diharapkan dengan kerjasama anda semua objektif-objektif STC akan
tercapai dan kita semua mendapat manfaat daripada program ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Ammar Syahmi Md Tamyes
Agustina Abbas