Penginapan |
Camp Tuscazoar menyediakan kemudahan penginapan berbentuk kabin dan juga kawasan tapak
perkhemahan untuk para peserta STC kali ini. Selain katil, di dalam setiap kabin, ada
disediakan kemudahan peti sejuk, oven dan stove untuk keperluan para peserta. Disebabkan
bilangan kabin yang agak sedikit, para peserta lelaki dan perempuan akan dipisahkan.
Kepada ahli keluarga yang tidak mahu dipisahkan, mendirikan khemah merupakan salah satu
cara yang praktikal untuk mengatasi masalah ini.
Untuk makluman, diharapkan para peserta dapat membawa kemudahan khemah sendiri dan
'sleeping bag' sendiri kerana pihak penganjur tidak dapat menyediakan kemudahan
tersebut.
Di samping itu, para peserta juga dinasihatkan supaya membawa insect repellant,
ubat-ubatan persendirian, kain basahan untuk mandi, dan juga lampu suluh (torchlight)
untuk memudahkan para peserta mengikuti segala program yg telah disusun.
|
Aktiviti |
Kebanyakan aktiviti-aktiviti di dalam STC adalah berbentuk outdoor seperti telematch, wargame,
jungle treking, dan sukan darat/air. Oleh yang demikian, diharapkan para peserta dapat
menyediakan kemudahan pakaian dan kasut yang sesuai. Semua aktiviti adalah berbentuk
berkumpulan. Pembahagian kumpulan akan dilakukan semasa registration nanti. Untuk makluman,
pihak penganjur sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang-barang
berharga kepunyaan para peserta semasa STC nanti.
|