Ucapan Alu-aluan dari Ameer STC 1999


SUMMER TRAINING CAMP '99
Anjuran bersama MISG dan IMSA
2 - 5 Julai, 1999
Raccoon Creek State Park, Hookstown, PA.


KATA-KATA ALUAN


Assalamualaikum wrt. wbt.
Kepada Para Peserta STC '99 sekalian,

Marilah kita ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. atas limpah kurniaNya yang tidak terhingga. Selawat dan salam kita ucapkan atas Nabi Muhammad s.a.w.

Selamat datang ke STC '99. Inilah kali pertama MISG dan IMSA berganding bahu untuk menjayakan program sebegini rupa. Kita berharap objektif umum program kali ini, iaitu untuk beriadah dalam konteks beribadah, akan tercapai.

Kepada peserta yang pernah hadir di program STC sebelum ini, maka mereka sudah tentu ingin sekali lagi merasakan keseronokan mengikuti aktiviti-aktiviti dalam suasana hutan yang nyaman sekali lagi. Bagi yang pertama kali datang, maka mererka sudah tentu mempunyai 'expectations' yang tersendiri. Kita mendoakan semoga semua peserta akan mendapat kegembiraan beriadah di dalam alam semulajadi yang indah serta menimba ilmu Islam menerusi bengkel-bengkel pendidikan dan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang disediakan.

Tema STC '99 "Beriadah, Beribadah Reformasi Diri dan Jiwa" menjuruskan fokus kita kepada konsep kesyumulan (completeness) agama Islam itu sendiri. Islam menghendaki penganut-penganutnya menjaga kesihatan dan ketahanan fizikal, mental dan spiritual. Keseimbangan dalam diri dan jiwa inilah yang diperlukan untuk meneruskan perjuangan hidup ini menurut landasan yang dikehendaki oleh Allah swt, pencipta manusia dan alam ini.

Akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan semoga STC '99 berjalan dengan penuh keberkatan, dijauhi dari segala bentuk malapetaka dan kemungkaran, insya-Allah. Ameen.

Wassalam.
Jelani Sulaiman
Ameer STC '99

Phone: (814) 867-7636
E-mail: jxs73@psu.edu
Homepage: http://www.personal.psu.edu/jxs73


 

All rights reserved by MISG IT committee

07/01/99 12:38:50 PM