Make your own free website on Tripod.com

 


Peraturan/Etika Semasa STC 1999


A. Para peserta hendaklah:

1. Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas, dan sopan. Digalakkan agar bersesuaian dengan aktiviti.
Lelaki - Seluar panjang dan kemeja/T-shirt/Baju Melayu etc. Tidak ketat atau jarang.
Wanita - Tidak menampakkan mana-mana bahagian tubuh selain muka dan kedua-dua tapak tangan. (Menutup rambut, baju berlengan panjang, kain/seluar panjang). Longgar, tidak jarang, atau berbelah sehingga menampakkan mana-mana bahagian aurat.

2. Memakai tanda nama pada setiap masa ketika berada di luar bilik.

3. Menjaga batas-batas pergaulan Islam terutama sesama bukan mahram. Ini termasuk tidak bersendirian sesama lelaki dan wanita yang bukan mahram.

4. Memastikan kebersihan keseluruhan kawasan perkhemahan. Ini termasuk bilik penginapan yang kemas dan teratur.

5. Mematuhi peraturan-peraturan am Raccoon Creek State Park.

B. Bagi memastikan keselamatan di sepanjang program, para peserta wajib:

1. Berada di dalam kawasan perkhemahan sepanjang masa. Para peserta hendaklah sentiasa berada di dalam kumpulan untuk aktiviti-aktiviti di luar kawasan perkhemahan. Sila rujuk pada pihak sekretariat jika perlu keluar atas sebab-sebab tertentu.

2. Memastikan barang-barang berharga berada di tempat yang selamat. Sila hubungi pihak sekretariat untuk menggunakan kemudahan menyimpan barang-barang berharga sehingga tamat program.

3. Pastikan bilik dikunci apabila anda keluar dari bilik.

4. Laporkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan, kecemasan, dan perubatan kepada pihak sekretariat dengan segera untuk tindakan lanjut.

C. Para peserta juga digalakkan agar:

1. Hadir tepat pada masanya ketika menghadiri program, waktu solat berjemaah serta waktu makan. Kelewatan boleh mengganggu kelancaran aturcara dan melibatkan semua pihak.

2. Mengawasi keadaan serta tingkah laku anak-anak (bagi yang berkeluarga) terutama sekali ketika aktiviti sedang berjalan.

3. Elakkan membawa makanan (terutamanya yang mentah, berbau, atau mudah basi) ke dalam bilik penginapan.

4. Tidur awal dan tidak berjaga pada waktu malam agar tidak mengganggu para peserta yang memerlukan istirehat.

 

All rights reserved by MISG IT committee

07/01/99 12:43:50 PM