Assalamualaikum wrh

      Alhamdulillah, sesgala puji bagi  Allah, Tuhan sekalian  alam, yang  Maha Besar dan Maha Kuasa, selawat dan salam diutuskan ke atas  junjungan       besar Nabi Muhammad saw, para sahabat, ambiya' dan seluruh mereka yang  memperjuangkan Islam  dari dulu dan sekarang.  Kita memohon agar kita  ini  dimasukan ke dalam golongan mereka-mereka yang beriman, insyaAllah.
       
      Pertama-tama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat  Ilahi kerana memberi kita kekuatan untuk menghadirkan diri di dalam  majlis-majlis ilmu sebegini.  Fikirkanlah sejenak, di antara beribu-ribu
      umat Islam yang berada di bumi Amerika dan Canada ini, kita adalah  beberapa orang yang dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu Dia  ini, kita terpilih oleh Allah untuk memenuhi ruang-ruang yang insyaAllah
      dibanjiri oleh malaikat-malaikat hinggalah di arasy Allah.

      Simposium Wanita kali yang ke 11 bertemakan Muslimah Sejati  Serikandi Ummah diharapkan dapat menyedarkan wanita khasnya dan  masyarakat amnya tentang peripentingnya kewujudan dan tanggungjawab wanita di dalam sesebuah masyarakat.

      "Tangan yang menghayun boleh mengoncangkan dunia"
       
      Kita hendak biarlah tangan-tangan yang mendidik anak-anak kita  menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang dapat  melahirkan muhahid dan mujahidah Islam dan mengembalikan kecemerlangan
      Islam, insyaAllah.

      Jazakillah dan terima kasih banyak ana ucapkan kepada
      mereka-mereka yang terlibat secara lansung atau tidak di dalam program  ini, para penceramah, ajk simposium, para hadiran.

      Semoga Allah  memberikan keberkahanNya pada kita semua insyaAllah.

      Di samping itu, suka saya tujukan lagu nasyid dari HIJJAZ untuk semua muslimat.
       
       

                         Puteriku Sayang
                         ***************

                       Lembutmu tak bererti
                       Kau mudah dijual beli
                       Kau mampu menyaingi
                       Lelaki dalam berbakti

                       Lembut bukan hiasan
                       Bukan jua kebanggaan
                       Tapi kau sayap kiri
                       Pada suami yang sejati

                       Di sebalik bersih wajahmu
                       Di sebalik tabir dirimu
                       Ada rahsia agung
                       Tersembunyi dalam diri

                       Itulah sekeping hati
                       Yang takut pada Ilahi
                       Berpegang pada janji
                       Mengabdikan diri

                       c/o
                        Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
                        Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
                        Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
                        Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
     
                        Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
                        Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
                        Wahai puteriku sayang kau bungan terpelihara
                        Mahligai syurga itulah tempatnya
     

            Wassalam

            Agustina Abbas
            Ameerah Simposium Wanita 1998
            "Jadilah mukminah yang solehah"