Beliau yang berasal dari Perak Darul Ridzuan telah berumahtangga dan dikurnia 7 orang anak bersama Abu Iman; Dr. Dzulkifli Ahmad. Beliau telah mendapat kelulusan dalam Diploma Psikologi (Universiti London).
Di sepanjang
penglibatan beliau di dalam da'wah Islam ini, berbagai pengalaman telah
dilalui,
antaranya beliau pernah menjadi sebagai guru Bahasa Inggeris
di beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta, tutor Bahasa Inggeris
di Universiti Sains Malaysia bagi pelajar Matrikulasi Kedoktoran , tutor
Bahasa Inggeris di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pelajar Ekonomi
Tahun 3.
Di dalam
jawatan beliau sebagai perunding motivasi, beliau merupakan pengarah PRIHATIN
Tutorial & Training Centre, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim,
pengarah
program Seminar Wanita Abad 21 anjuran Wanita JIM Kelantan,
Kem
Kanak-kanak Kreatif dan Cemerlang untuk anak kaki tangan Universiti Sains
Malaysia Kelantan, penasihat Kelab Remaja Kelantan untuk Program
Motivasi dan Teknik belajar pelajar sekolah-sekolah menengah di Kelantan,
Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau juga
memberi ceramah dan latihan kepada pelajar-pelajar IPTA (UKM, USM, UPM)
dan IPTS (UNITEN, UNITEL), Kursus Pidato Umum (Public Speaking) untuk pelajar
dan pendakwah, Kursus Motivasi guru-guru dan keibubapaan dan Seminar
Kesihatan dan Psikologi Remaja Puteri.
Beliau juga
bergiat cergas di dalam jemaah JIM dan pernah menjadi Ketua Wanita JIM
Kelantan,
ketua Unit Tarbiyyah Wanita JIM Pusat, jurulatih Unit Kebudayaan dan Seni
Wanita JIM, Seminar Komunikasi Suami Isteri anjuran Wanita JIM.
Beliau yang
lebih disenangi dengan panggilan Kak Ani, sudah berumahtangga dan kini
mengikuti suami
yang sedang
belajar di University Urbana-Champaign, Illinois, USA. Beliau mendapat
pendidikan di dalam bidang Fakultas Ekonomi, Universitas Indonesia. Dan
beliau juga pernah menjawat jawatan dosen atau pensyarah di Universiti
YAI, Jakarta, Indonesia.
Beliau telah
banyak menceburkan diri di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti Islam, dan
pernah menjadi koordinator Keputrian Mesjid "Arief Rahman Hakim", Universitas
Indonesia dari tahun 1987-1989, koordinator Keputrian pada Lembaga
Dakwah Islam Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia, 1987-1990 dan
juga aktif di dalam Yayasan Islam "Cahaya Muslimah", Jakarta, Indonesia,
1994-1997.