
ETIKA DISIPLIN MUKTAMAR 1999
Sekali lagi, Hotel Capitol Plaza, Jefferson City, Missouri dengan hati yang
terbuka menyambut kedatangan para peserta Muktamar
Bersama MISG-IMSA 1999. Sambutan yang diberikan ini
perlulah kita balas dengan menunjukkan adab-adab Islam dalam berinteraksi
sepanjang muktamar berlangsung. Tunjukkan semangat ukhuwah Islamiyah yang sejati di antara sesama peserta,
pihak pengurusan hotel, pihak penganjur muktamar,
penginap hotel yang lain dan masyarakat Jefferson City. Tambahan
pula semasa muktamar kita berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq yang mulia
lagi berkah, maka marilah kita bersama-sama menunjukkan identiti umat Islam
yang terbaik baik kepada mereka yang Islam atau bukan Islam.
Para peserta Muktamar mestilah:
1. Memakai pakaian yang menutup aurat, kemas dan sopan.
* Lelaki: Seluar panjang dan kemeja/T-Shirt/Baju Melayu etc. Tidak ketat atau
jarang.
* Perempuan: Tidak menampakkan mana-mana bahagian tubuh selain muka dan kedua
telapak tangan. Hendaklah menutup rambut, (baju berlengan panjang, kain atau
seluar panjang) longgar, tidak berbelah, dan bukan material yg jarang hingga
boleh menampakkan mana-mana bahagian aurat.
2. Memakai tanda nama pada setiap masa anda berada di luar bilik tidur. Ini
dapat membezakan peserta berdaftar dengan orang awam yang lain yang menginap
di hotel. Ini akan dapat memudahkan pengurusan pihak penganjur.
3. Menjaga batas-batas pergaulan berlandaskan ajaran Islam terutama sesama
bukan mahram. (Tidak bersentuhan, tidak melakukan perbuatan yang kurang sopan
dan tidak bersendirian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
4. Memastikan bilik masing-masing sentiasa bersih, kemas dan teratur.
5. Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak hotel. Peserta
muktamar juga digalakkan agar:
i. Berwudhuk di bilik masing-masing. Elakkan berwudhuk di restroom awam
hotel. Ini untuk mengelakkan bilik air awam dari menjadi basah dan kotor.
(Kita hendak memberi gambaran yang elok tentang ajaran Islam yang mementingkan
kebersihan).
ii. Makan dalam jangka masa yang ditetapkan (sahur, berbuka dan makan lewat
malam). Elakkan datang lewat untuk mengambil makanan. Jika lewat, layanan
sewajarnya mungkin tidak dapat diberikan.
iii. Datang awal/tepat pada masanya untuk setiap program yang diatur.
iv. Menjaga tingkah laku dan keselamatan diri sendiri dan anak-anak.
Anak-anak mestilah dihantar ke MADRASAH sewaktu ibu bapa mengikuti program,
melainkan jika ibu bapa boleh memberi jaminan bahawa anak-anak mereka tidak
akan membuat sebarang gangguan sewaktu program berlangsung.
v. Tidak membawa makanan (terutama yang berbau dan mudah rosak/basi) ke dalam
bilik masing-masing untuk memastikan kebersihan bilik KECUALI dalam situasi
tertentu seperti mereka yang tidak boleh berpuasa (untuk mengelakkan dilihat
menikmati juadah oleh mereka yang berpuasa).
vi. Tidur awal dan dalam jangkamasa yang sepatutnya agar dapat sama-sama
bangun untuk sahur, qiamullail dan solat Subuh.
Aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira:
1. Pastikan yang anda memaklumkan kepada sekretariat jika anda perlu keluar
dari kawasan muktamar (HOTEL). Ini untuk memudahkan pihak penganjur muktamar
menjamin kelancaran program dan keselamatan para peserta.
2. Diingatkan bahawa para peserta tidak digalakkan membawa barang-barang
berharga ke muktamar. Keselamatan barang-barang tersebut adalah tanggungjawab
anda. Walau bagaimana pun, jika berlaku sebarang kehilangan, sila laporkan
kepada AJK Keselamatan atau mana-mana AJK Muktamar.
3. Pastikan bilik anda dikunci apabila keluar dari bilik.
4. Jika berlaku sebarang kecemasan seperti sakit, kehilangan barang-barang
(seperti yang tersebut di atas) dan sebagainya, sila hubungi pihak sekretariat
atau AJK Keselamatan atau mana-mana AJK Muktamar.
Untuk keterangan lanjut, sila hantarkan email kepada
Webmasters.