
Ucapan Presiden MISG 98-1999
UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA PRESIDEN MISG '98-1999
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kehadapan saudara se-Islam semua, semoga berada dalam keimanan yang tinggi
dan kesihatan yang sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah swt kerana sekali lagi MISG dapat
menganjurkan Muktamar Tahunan. Muktamar Tahunan merupakan satu aktiviti
utama MISG dalam memenuhi tuntutan dakwah di kalangan umat Islam berbahasa
Melayu di benua Amerika Utara khususnya, dan umat Islam sejagat umumnya.
Tema muktamar pada tahun ini ialah "Pengislahan Diri, Keluarga dan
Masyarakat
Menghadapi Perubahan Zaman." Muktamar tahun ini meyentuh kesan atau akibat
yang menimpa umat Islam dari perubahan zaman. Secara umumnya, kita ingin
membincangkan kesan-kesan perubahan zaman terhadap individu, keluarga dan
masyarakat Islam, peluang-peluang yang boleh kita gunakan dari perubahan
zaman
untuk pembangunan individu, keluarga dan masyarakat Islam, dan langkah
-langkah yang patut kita ambil ke arah mengislahkan individu, keluarga dan
masyarakat Islam.
Saya sebagai mewakili Ahli Jawatankuasa Muktamar ingin menjemput semua
saudara se-Islam untuk menghadiri muktamar pada tahun ini. Semoga kehadiran
saudara dapat memeriahkan lagi acara muktamar pada tahun ini.
Terima kasih.
Adnan Omar
Presiden MISG 1998-1999
| Maklumat Umum | Poster Muktamar 1999 | Homepage Muktamar 1999 (versi IMSA) | Homepage Yaumun Nisa (Program Wanita) |
Untuk keterangan lanjut, sila hantarkan email kepada
Webmasters.